Bila
bercakap tentang amalan pemakanan sihat, jangan lupa untuk memasukkan
buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna ungu dalam diet anda. Sebabnya, buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut mengandungi antosianin, ia-itu pigmen
asli berwarna merah, biru dan ungu. Menurut J. Scott Smith, profesor kimia
makanan dari Kansas State University, antosianin adalah baik untuk kesihatan
kerana ia adalah antioksidan yang kuat dan boleh meningkatkan
fungsi sistem imun, mengekalkan kesihatan dan mengelakkan penyakit.
"Kini antioksidan menjadi bualan ramai," kata Smith lagi. "Semua orang berminat dengan antioksidan kerana ia dipercayai baik untuk kesihatan."
Antosianin lebih lazim didapati dari buah-buahan berbanding sayur-sayuran, kata Smith, memerhatikan warna merah pekat dan ungu pada kulit epal dan anggur. Disebabkan antosianin sensitif kepada pH, ia akan kelihatan lebih merah atau biru bergantung kepada jenis makanan. Antosianin biasa terdapat dalam buah beri; seperti blueberry, cranberry, raspberry, blackberry dan anggur merah (dan juga acaiberry, elderberry dan buah delima*)."Itu sebablah mengapa orang berkata 'makan buah beri anda', kerana ia sangat baik untuk kesihatan," kata Smith.
Kata Smith lagi, ekstrak makanan yang mengandungi antosianin juga baik untuk kesihatan. Trend terkini industri makanan adalah menggunakan warna asli bagi menggantikan warna tiruan. Antosianin boleh diekstrak dari buah-buahan atau sayur-sayuran dan digunakan sebagai pewarna asli dalam makanan. Wain merah diperbuat dari anggur. Oleh itu, ia juga mengandungi antosianin.

Selain itu, ia
juga mengandungi resveratrol, sejenis antioksidan dan baik untuk kesihatan
jantung. Menurut Smith lagi, terdapat beberapa jenis makanan berwarna ungu yang tidak begitu
dikenali juga mengandungi antosianin. Sejak berkurun lamanya penduduk Amerika Selatan
menanam jagung ungu. Terdapat juga bunga kubis ungu dan lobak ungu. Warna merah
pekat dan ungu pada ubi bit bukan disebabkan oleh antosianin, kata Smith. Warna
ungu pada ubi bit datangnya dari pigmen betalen, yang menggantikan antosianin
dalam sesetengah pokok. Betalen juga adalah antioksidan yang baik untuk
kesihatan.
SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT MANFAAT DARIPADA INFO DI ATAS.
>Hati yang sihat bermula daripada badan yang sihat>

No comments:
Post a Comment