Monday

INFO KESIHATAN










Merangsang otak dengan muzik 

Sebelum ini saya ada membaca sebuah buku yang berjudul 'Minda Hebat'. Buku tersebut ada menjelaskan pendapat Imam al-Ghazali bahawa alunan muzik yang berirama daripada alam semula jadi merupakan muzik yang dianugerahkan Allah SWT kepada hamba-Nya. Misalnya alunan ombak di pantai, bunyi angin menderu, deruan air sungai, titisan air hujan ke atas atap rumah dan sebagainya.

Pastinya muzik ini menipulkan perasaan tenang, damai, seronok dan hilang steress...hmmm..hmmm sungguh indahkan anugerah Illahi. Apa sahaja yang diciptakan, ada sahaja hikmahnya. Muzik ni sesuai sangat tambahan pula sekiranya kita masih belajar. Otak yang tenang dapat meningkatkan rangsangan kedua.dua belah otak. Jadi mudah la untuk kita menerima segala pelajaran.

Muzik Lembut

Dr.Georgi Lozanov, seorang pengkaji "super learning' merumuskan bahawa muzik yang berirama perlahan sekitar 60 bit minit seperti muzik Baroque  oleh Vivaldi, Bach, Handel, Tchhaikovsky dan Pachelbel boleh merangsang pembelajaran. 

Menurut beliau muzik sedemikian boleh menjadi sebahagian proses dalam pembelajaran yang mana memberikan ketenangan sebelum, ketika dan selepas belajar. Tenaga bunyi daripada muzik yang perlahan atau deruan ombak juga boleh dimanfaatkan untuk ditukarkan menjadi tenaga untuk belajar.

Muzik Keras

Dr. Steve Halpern pula berpendapat muzik yang keras atau kasar akan menjejaskan kesihatan kita, lebih-lebih lagi dalam pembelajaran.

Rupa-rupanya muzik pun mempunyai peranan yang besar dalam merangsangkan minda kita. Ingatkan ia sekadar untuk menghilang tension dan hiburan. Hmmm...Kalau ikutkan betul juga, lagi pun sebelum ini saya pernah pergi berkelah di tepi pantai bersama kawan-kawan, ketika mereka sedang mandi-manda, saya pula sedang menghayati suara ombak memukul pantai....Sungguh mendayu dan menenangkan hati. Tatkala dalam kesunyian dan keresahan.....










                                  ***Hati yang sihat bermula daripada badan yang sihat***



Sunday

Laman Rohani



















Zikir adalah Syifa' - Penyejuk mata hati

Zikir mampu menjadi penawar yang sungguh luar biasa mujarabnya dalam mengubati segala penyakit batin. Ia mampu membersihkan batin yang berkudis. Malahan, ia juga mampu menyucikan, menggemuk batin serta paling penting mampu menyalurkan "Nur Qalbi" serta menghancurkan ketulan darah kotor yang bergantung serta bergayut di hujung hati yang dinamakan "Istana Iblis". 


Cahaya Allah (Nurrullah) yang ada kepada zikir ia boleh berkuasa menerangi seluruh hati umpama  matahari yang  menerangi seluruh alam semesta. Tanpa cahaya matahari yang dikurniakan Allah kepada alam semesta ini, pastinya manusia akan hidup dalam kegelapan. Begitu jugalah dengan zikir. Zikir adalah satu syifa’ yang berkemampuan menghakis segala karat yang berada di hati kita. Hati yang berkarat adalah hati yang bakhil untuk berzikir. 


Sesungguhnya tidak kita sedari zikir bukan hanya mampu menyejukkan api yang panas membahang di dalam diri seseorang tetapi ia juga mampu menyejukkan api daripada terus merebak dengan maraknya apabila berlaku kebakaran. Jikalau tidak percaya cubalah azan apabila berlaku kebakaran.      


Kenapa api tewas dengan zikrullah? Api yang ada di alam kita adalah berasal daripada api neraka jahanam.. Manakala, penghuni neraka adalah siapa? Pastinya syaitankan! Merekalah yang menyebabkan api tersebut terus marak membakar. Apabila azan dilaungkan, pastinya syaitan akan lari bergelimpangan dan itulah sebabnya mengapa api mampu dipadamkan sedikit demi sedikit.

 Sebagaimana dalam kisah tujuh orang Pemuda Ashabul Khafi yang melarikan diri ke dalam gua demi menyelamatkan iman" Itu bukan lapan hari, tetapi selama 309 tahun mereka berada dalam gua (Khafi), yang pintunya ditutup rapat dan tanpa memakan apa-apa makanan.Apakah rahsia maka mereka dapat bertahan dan hidup begitu lama. Apakah yang mereka makan bagi meneruskan hayat mereka? Jawabnya tidak lain dan tidak bukan ialah zikir. Mereka berzikir (ingat kepada Allah) dan menjadikan zikir sebagai santapan rohani. Dari kisah itu jelas membuktikan kepada kita bahawa bila sampai ke satu peringkat, zikir boleh mengenyangkan kita. Malahan, ia boleh melapangkan dada.

Sesungguhnya Allah telah janjikan. Barang siapa yang berzikir kepada-Nya. Maka Allah akan mengangkat darjatnya sebagaimana sabda Rasulullah SAW: "Apakah kamu mahu aku ceritakan kepada kamu berkenaan amal perbuatan yang paling baik dan yang paling bersih di sudut pandangan Allah serta orang tertinggi darjatnyadi antara kamu, yang lebih baik dari bersedekah emas dan perak serta lebih baik dari memerangi musuh kamu semue dan memotong leher mereka dan mereka juga memotong leher kamu!" Kemudian sekalian sahabat bertanya: " Apakah itu wahai Rasul?" Baginda SAW menjawab: "Zikir kepada Allah."-Hadis riwayat Al- Baihaqi.

***Hati yang sihat bermula daripada badan yang sihat***

 Laman Rohani










Aku melihatnya berwajah berseri…tenang anggota badannya dan tenang jiwanya. Seakan-akan ia menemukan seorang teman dalam kesepian, (menemukan) kedekatan dalam kejauhan dan cahaya yang menerangi dalam kegelapan. “Mungkin ini adalah malam terakhir bagiku, maka janganlah kamu tidur hingga pagi….” Dan apabila siang tiba, ia berkata, “Mungkin ini adalah hari terakhir bagiku, maka janganlah merasakan ketenangan hari ini dapat dikecapi untuk hari esok.” “Wahai jiwa, di depanmu ada tidur yang sangat panjang… Hari ini dirimu tidur berlapiskan tilam yang empuk, bercadarkan sulaman bunga yang indah…tetapi, esok… Kemungkinan hari esok kamu akan tidur selamanya di kuburan beralaskan dan berbantalkan  tanah yang sangat keras, berselimutkan kain putih…entah bagaimana hatimu berpaksikan apa…berpaksikan penyesalan atau di atas kesenangan atau sebaliknya"

Sepuluh Nasihat Ke Arah Ketenteraman Hati
1. Jaga Lidahmu.
“Hati itu adalah tempat rahsia dan bibir itu kuncinya, sementara lidah adalah anak kuncinya. Oleh itu hendaklah setiap orang menjaga anak kunci rahsianya”.
2. Kebaikan Ilmu.
“Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu, tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab, tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal dan tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut”.
3. Bandingan Akal Dan Harta.
“Akal itu menteri sebagai penasihat dan harta itu seorang tamu yang akan berangkat”
4. Bandingan Perkataan.
“Perkataan itu seperti ubat jika engkau gunakan sedikit daripadanya akan memberi faedah, tetapi jika digunakan terlalu banyak akan membahayakan”
5. Siarkan Kebaikan Orang.
“Apabila engkau membuat satu kebaikan maka sembunyikanlah dan apabila orang lain membuat kebaikan kepadamu, maka hendaklah engkau sebarkannya”
6. Dunia.
“Dunia ini permulaannya susah, akhirnya binasa, halalnya dihisab dan haramnya diazab”
7. Azab Terhebat.
“Manusia yang mendapat  azab yang paling besar ialah orang yang mana lidahnya mengeluarkan kata yang dusta dan hati yang tertutup rapat apabila dia tidak dapat diam dan tidak pandai memperelokkan kata-katanya”
8. Jagalah Ukhwah Antara Kamu Dengan Baik.
“Bergaullah sesama manusia dengan satu pergaulan yang baik jika kamu tiada, mereka akan merindui kamu dan jika kamu mati mereka akan menangisi kepergianmu”
9. Nasib Si Pemarah Dan Putus Asa.
“Kamu tidak akan menjumpai orang yang marah itu hidup bahagia, yang berakal itu tamak, yang pemurah itu dengki-mendengki dan yang berputus asa itu kaya”
10. Sabar.
“Kesabaran itu ada dua iaitu sabar menahan sesuatu yang engkau benci dan sabar melepaskan sesuatu yang engkau sayangi dan yang kedua itu lebih berat bagi kamu kerana ia melibatkan nafsumu”

Jom....bersama-sama saya menjaga sepuluh perkara di atas agar hidup kita menjadi lebih tenteram dan bahagia. Pastinya kita insan yang lemah, amat sukar untuk kita menjaga dan mempraktikkan kesemuanya sekali gus. Semoga Allah menganugerahkan kita semangat untuk beristiqamah dan berusaha. Jangan lupa tau kita mesti iringi usaha kita dengan doa disamping kita membina azam yang tinggi untuk mencapai kesempurnaan dan kebahgiaan dalam sebuah kehidupan. berusahanya.


















                                  ***Hati yang sihat bermula daripada badan yang sihat ***



Saturday

Laman Rohani

Nasihat, Rahsia dan Tips

Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah ( yang  dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."Sabda Rasulullah SAW:Riwayat daripada at-Tirmizi dan Muslim daripada Amru bin Maimun RA bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW telah memberitahu satu nasihat kepada seorang lelaki dengan sabdanya yang bermaksud: "Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain iaitu masa mudamu sebelum datangnya hari tua, masa sihatmu sebelum datang masa sakit, masa kayamu sebelum papa, masa lapangmu sebelum datangnya waktu sibukmu dan masa hidupmu sebelum datang saat kematianmu."

_______________________________________________________________________________________________

Ganjaran Basmalah


Terdapat 19 huruf , maka paling kurang pembacanya memperoleh 19 x 10 = 190 pahala. Demikianlah seterusnya jika membacanya ketika berwuduk (50 pahala), dalam solat (100 pahala) dan demikianlah sehingga sehingga 700 kali gandaan atau lebih terutamanya jika dibaca pada bulan Ramadan.






________________________________________________________________________________________________


Metodologi Menghafaz Ayat Al-Quran.

1) Hari per-1  = Hafaz 5 ayat

2) Hari ke-2   =  Hafaz 5 ayat baru + ulang 5 ayat terdahulu
3) Hari ke-3   =  Hafaz 5 ayat baru + ulang hingga hafaz 15 ayat
4) Hari ke-4   =  Hafaz 5 ayat baru + ulang hingga hafaz 20 ayat 


***Jika tidak mampu menghafaz 20 ayat sekali gus, berhenti menghafaz ayat baru sehingga boleh menghafaz 20 ayat sekali gus .


Teknik

1) Talqin ~ Guru baca + murid tiru bacaan guru

2) Tasmik ~ Murid memperdengarkan bacaannya

3) Murajaah ~ Rakaman  @ kawan mendengar

4) Mengkaji Tafsir ~ Secara bersendirian  + rujuk guru

5) Tajwid ~ memperbaiki bacaan, makhraj huruf dan hukum tajwid


Masa Paling Baik  Menghafaz

  • Waktu subuh sebelum terbit fajar Siddiq
  • Selepas solat subuh
  • Sebelum tidur malam
  • Malam yang sunyi sepi
  •  Suasana sekitar yang tidak sibuk 
  • Antara waktu maghrib hingga isyak
  • Jauh daripada bunyi atau gangguan

***Besar ganjarannya barang siapa yang menghafaz al-Quran. Semua orang berhasrat untuk menjadi seorang hafiz/ hafizah. Harap-harap kita semua dapat ikut metodologi di atas beserta dengan teknik-tekniknya. I, Allah, saya pun akan cuba menghafaz, sebelum mata terpejam rapat di kemudian hari nanti.



          ***Hati yang sihat bermula daripada badan yang sihat***

Tuesday

Laman Rohani 

Bijaksana Hadapi Masalah


     


                
                




Masalah...Masalah...Masalah....Semua insan yang bergelar manusia tidak akan lari daripada berhadapan dengan masalah. Masalah seolah-olah mengejar kita tanpa segan silu ingin mencelarukan pemikiran dan kehidupan kita semua. Sekiranya bukan kita yang bermasalah, orang lain pula mendatangkan masalah. Oleh itu kita perlu bersedia menghadapi permasalahan itu dan cuba mencari jalan penyelesaiannya. Ketahuilah, masalah sebenarnya adalah ujian Allah yang ingin mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Malahan, ujian juga sebagai kafarah dosa yang telah kita lakukan atau mungkin untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya.        
            Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hamba-Nya, andai hamba-Nya tidak kita  mampu menghadapinya. Sebagaimana firman Allah bermaksud: "Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya". (al- Baqarah: 286). Oleh itu apabila kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan mengatur minda bahawa kita diuji oleh Allah dan ingatlah sesungguhnya kita tidak bersendirian. Allah akan sentiasa memandu hati kita andai kita selalu mengingati-Nya.       
Terdapat cara-cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Antaranya:

       1) Sandarkan harapan pada Allah.- Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Forman Allah: "Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan". (al- Nasyrah: 1-8)

       2) Minta pertolongan  daripada Allah.- Mintalah pertolongan Allah dengan sabar ketika solat dan sesungguh-Nya solat itu sangat berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (al- Baqarah: 45)

       3) Jangan sedih dan kecewa.- Firman Allah: "Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinngi darjatnya jika kamu dalam kalangan orang-orang yang beriman." (Ali-Imran:139). Yakinlah dengan janji Allah dan jangan cepat berputus asa dengan masalah yang dihadapi. Sebaliknya, tingkatkanlah usaha dan kuatkan ssemangat untuk mengatasinya.

     4) Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai. Berkongsilah masalah bersama walaupun mereka tidak dapat membantu.

       5) Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain.- Fikir-fikirkanlah mungkin masalah orang lain lebih besar daripada masalah kita serta bersyukurlah setiap masalah ada hikmahnya dan pasti ada jalan penyelesaiannya. Sebagaimana, setiap penyakit yang diturunkan oleh Allah dan penyembuhannya. Lakukanlah untuk mencari redha Allah.

   6) Lihatlah pemandangan yang indah hasil ciptaan yang maha ESA tatkala hati dalam keresahan.

THINK POSITIVE + SMILE ALWAYS = ZERO PROBLEM

















Mulakan setiap pagimu dengan melihat tumbuhan hijau agar jiwa berasa tenang.









                                                                                     ***Hati yang sihat bermula daripada badan yang sihat***



Friday





How to Deal with Peoples bad Attitudes

There is a growing volume of research that shows staying
positive is better for your health, you can cope better with
stress. It's better for relationships; you keep from judging
people and getting into negative talk. It also makes your life
more fulfilled; just think of how much of your life is spent
working. Being positive, living in the present will give you
energy and joy in your life.

But how do you deal with people who are rude or have bad
attitude? How do you keep your spirits up when you are
surrounded by depressed people or people who complain all the
time?

Remember when someone offers a put down, when they cross your
boundaries. Your worth comes from you; your being, your true
self. They cannot change your intrinsic value unless you let
them by giving your power away! Make it clear that what they
are doing doesn't work for you, keep your boundaries and move
forward.

Boundaries and standards help us to get more energy from life
and not be de-energized by the people or events around us; but
sometimes, we still get caught in groups of people who don't
respect our boundaries or have different standards from ours.

Dealing with difficult people is ... well, difficult for most
of us. Hostile and aggressive people put us on the defensive,
cause us anxiety, frustrate our coping skills, and take us out
of our comfort zones.

Particularly difficult is when those people are within our
family or our spouse's or partner's family or the ex's - it
goes on and on. Boundary stomping is likely to happen in
anyone's life and it's best to plan ahead to deal with groups
of people who don't share or respect our boundaries.

Let others know what your boundaries are regarding scheduling,
communication, project commitments, etc. and enforce them.
Burden, heaviness, and martyrdom come when you allow your
boundaries to be overstepped or vetoed.



***Hati yang sihat bermula daripada badan yang sihat***

Thursday

Laman Kesihatan



                                          Kasturi masih berada dalam sarungnya.


Asal - usul Kasturi dan khasiatnya.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah r.a dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-
1. Mmemberi kekuatan roh
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman. Sebagaimana sabda Nabi saw: "Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi" hadis riwayat Muslim.
2. Menenangkan jiwa
3. Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4. Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5. Menghilangkan debaran jantung
6. Menghilangkan sesak nafas
7. Melegakan asma (lelah)
8. Menyedarkan orang yang pengsan
9. Memperkuatkan organ luaran tubuh
10. Menghilangkan rasa gementar
11. Menghilangkan sejuk tubuh
12. Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
13. Menyembuhkan racun dan bisa-bisa binatang
14. Menghilangkan kesakitan ketika buang air kecil
15. Menjernihkan mata putih pada mata
16. Melanjutkan usia dengan izin Allah s.w.t.
17. Allah s.w.t meredhainya, para malaikat menyukainya dan orang-orang soleh.
18. Dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya dengan izin Allah s.w.t.
Menurut Imam Syafie r.a bahawa antara perkara yang dapat menguatkan yasmani adalah mencium bau-bauan yang wangi (seperti kasturi).


Sungguh tidak saya sangka kasturi sebenarnya  berasal daripada haiwan yang bernama Kijang jantan, lembu, musang dan tikus (bukan tikus yang hidupnya berkeliaran di tepi-tepi longkang tau). Tetapi, yang peliknya kura-kura pun terlibat sama. Subhanallah, semua ini ciptaan yang maha ESA. Saya jangka kasturi berasal daripada esktrak pati bunga-bungaan, herba dan buah-buahan sebagaimana dalam industri minyak wangi yang ada sekarang.

Tetapi, bagaimana pula dengan status sah atau tidak sekiranya digunakan dalam solat?
Kalau tidak silap saya, Mufti Johor, ada menyatakan ia adalah entiti yang wujud secara sendiri pada tubuh haiwan itu. Oleh kerana kasturi bersifat bersih, maka ia tidak melanggar syarat sah solat bagi sesiapa yang memakai harumannya ketika solat. Wallahua'lam...






Inilah kijang jantan yang menghasilkan kasturi.


 Serbuk yang bewarna hitam adalah kasturi. 



.












                                                                                              


Tuesday

Laman kesihatan



I'M SO CUTE...Do u like me?
Tembikai dan khasiatnya


Ibn Abbas berkata: "Makanlah  tembikai kerana ada banyak kebaikan. Ia makanan,  minuman, perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi-pundi kencing, menambah air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan membersihkan kulit."


Tembikai mempunyai kandungan air yang tinggi serta mampu menyegarkan badan terutamanya pada musim panas. Ia juga mempunyai  kadar kalori yang rendah serta kaya dengan vitamin C. 100 mg tembikai mengandungi khasiat-khasiat seperti:
  • Kalsium – 7 mg
  • Karbohidrat – 7.55 gm
  • Lemak – 0.15 gm
  • Fluorida – 1.5 mcg
  • Besi – 0.24 mg
  • Magnesium – 10 mg
  • Fosforus – 11 mg
  • Potasium – 112 mg
  • Protein – 0.61 gm
  • Sodium – 1 mg
  • Gula – 6.20 gm

         Tembikai yang kaya dengan potasium membantu menyimpan garam daripada meningkatkan tekanan darah selain mengurangkan risiko mendapat batu karang. Terdapat kajian yang menunjukkan tembikai boleh menguatkan sistem imunisasi dan membantu tubuh melawan penyakit serta kaya dengan sumber karotenoid yang mempunyai bahan pencegah kanser. Amalan memakan tembikai juga dikatakan mampu meredakan simptom-simptom osteoartritis and rheumatoid artritis.

      Selain itu, buah yang kaya dengan anti oksida penting itu juga membantu tubuh meneutralkan radikal-radikal bebas yang dapat mengurangkan risiko kanser kolon. Kandungan anti oksida dalam tembikai juga mengurangkan risiko serangan jantung. Malahan, tanpa kita sedari Beta karotena yang terkandung dalam tembikai membantu menjadikan penglihatan lebih jelas terutama pada waktu malam.

            Sungguh tidak disangka buah yang cantik dengan warna merah menyala , hakikatnya mempunyai kelebihan yang tdak diketahui. Saya selaku buah tembikai atau kami rakyat kelantan memanggilnya dengan gelaran 'Timun Cina'. ingatkan sedap je tetapi subhanallah tersirat seribu satu kelebihan. Jadi selepas ini bertambahlah selera saya untuk menjamah 'Timun Cina'. Pantang nampak 'Timun Cina' terus saya ngap..ngap...hmm..hmm...Alamak terliur la pulak...

     

   *** Hati yang sihat bermula daripada badan dan akal yang sihat ***




Sunday

Selawat syifa




DOA SYIFA’
Translation:-
Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammadin, 
tibbil qulubi wa dawaaaeiha, 
wa `afiyatil abdaani wa shifaaaeha, 
wa nuril absari wa diyaaeiha, 
wa'ala alihi wasohbihi wabarikh wasallim..
O Allah! Send blessings on our leader Muhammad, 
the medicine of hearts and their cure, 
the health of bodies and their healing, 
the light of eyes and their illumination, 
and upon his family, companions, and send peace.