Laman Kesihatan
Kasturi masih berada dalam sarungnya.
Asal - usul Kasturi dan khasiatnya.
Berdasarkan
kajian yang dibuat oleh ilmuan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah
r.a dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak
khasiat, antaranya:-
1. Mmemberi
kekuatan roh
Haruman adalah
santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik
haruman. Sebagaimana sabda Nabi saw: "Sebaik-baik wangian adalah minyak
kasturi" hadis riwayat Muslim.
2. Menenangkan
jiwa
3. Mencerdaskan
akal dan menyihatkan otak
4.
Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5.
Menghilangkan debaran jantung
6.
Menghilangkan sesak nafas
7. Melegakan
asma (lelah)
8. Menyedarkan
orang yang pengsan
9.
Memperkuatkan organ luaran tubuh
10.
Menghilangkan rasa gementar
11.
Menghilangkan sejuk tubuh
12. Membuang
angin yang berlebihan dalam tubuh
13.
Menyembuhkan racun dan bisa-bisa binatang
14.
Menghilangkan kesakitan ketika buang air kecil
15.
Menjernihkan mata putih pada mata
16. Melanjutkan
usia dengan izin Allah s.w.t.
17. Allah s.w.t
meredhainya, para malaikat menyukainya dan orang-orang soleh.
18. Dapat
mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya dengan izin Allah s.w.t.
Menurut Imam
Syafie r.a bahawa antara perkara yang dapat menguatkan yasmani adalah mencium
bau-bauan yang wangi (seperti kasturi).
Sungguh tidak saya sangka kasturi sebenarnya berasal daripada haiwan yang bernama Kijang jantan, lembu, musang dan tikus (bukan tikus yang hidupnya berkeliaran di tepi-tepi longkang tau). Tetapi, yang peliknya kura-kura pun terlibat sama. Subhanallah, semua ini ciptaan yang maha ESA. Saya jangka kasturi berasal daripada esktrak pati bunga-bungaan, herba dan buah-buahan sebagaimana dalam industri minyak wangi yang ada sekarang.
Tetapi, bagaimana pula dengan status sah atau tidak sekiranya digunakan dalam solat?
Tetapi, bagaimana pula dengan status sah atau tidak sekiranya digunakan dalam solat?
Kalau tidak silap saya, Mufti Johor, ada menyatakan ia adalah entiti yang wujud secara sendiri pada tubuh haiwan itu. Oleh kerana kasturi bersifat bersih, maka ia tidak melanggar syarat sah solat bagi sesiapa yang memakai harumannya ketika solat. Wallahua'lam...
![]() |
| Inilah kijang jantan yang menghasilkan kasturi. |
![]() |
| Serbuk yang bewarna hitam adalah kasturi. |
.



