Monday

INFO KESIHATAN










Merangsang otak dengan muzik 

Sebelum ini saya ada membaca sebuah buku yang berjudul 'Minda Hebat'. Buku tersebut ada menjelaskan pendapat Imam al-Ghazali bahawa alunan muzik yang berirama daripada alam semula jadi merupakan muzik yang dianugerahkan Allah SWT kepada hamba-Nya. Misalnya alunan ombak di pantai, bunyi angin menderu, deruan air sungai, titisan air hujan ke atas atap rumah dan sebagainya.

Pastinya muzik ini menipulkan perasaan tenang, damai, seronok dan hilang steress...hmmm..hmmm sungguh indahkan anugerah Illahi. Apa sahaja yang diciptakan, ada sahaja hikmahnya. Muzik ni sesuai sangat tambahan pula sekiranya kita masih belajar. Otak yang tenang dapat meningkatkan rangsangan kedua.dua belah otak. Jadi mudah la untuk kita menerima segala pelajaran.

Muzik Lembut

Dr.Georgi Lozanov, seorang pengkaji "super learning' merumuskan bahawa muzik yang berirama perlahan sekitar 60 bit minit seperti muzik Baroque  oleh Vivaldi, Bach, Handel, Tchhaikovsky dan Pachelbel boleh merangsang pembelajaran. 

Menurut beliau muzik sedemikian boleh menjadi sebahagian proses dalam pembelajaran yang mana memberikan ketenangan sebelum, ketika dan selepas belajar. Tenaga bunyi daripada muzik yang perlahan atau deruan ombak juga boleh dimanfaatkan untuk ditukarkan menjadi tenaga untuk belajar.

Muzik Keras

Dr. Steve Halpern pula berpendapat muzik yang keras atau kasar akan menjejaskan kesihatan kita, lebih-lebih lagi dalam pembelajaran.

Rupa-rupanya muzik pun mempunyai peranan yang besar dalam merangsangkan minda kita. Ingatkan ia sekadar untuk menghilang tension dan hiburan. Hmmm...Kalau ikutkan betul juga, lagi pun sebelum ini saya pernah pergi berkelah di tepi pantai bersama kawan-kawan, ketika mereka sedang mandi-manda, saya pula sedang menghayati suara ombak memukul pantai....Sungguh mendayu dan menenangkan hati. Tatkala dalam kesunyian dan keresahan.....










                                  ***Hati yang sihat bermula daripada badan yang sihat***



No comments:

Post a Comment