Laman Rohani
Zikir mampu menjadi penawar yang sungguh luar biasa mujarabnya dalam mengubati segala penyakit batin. Ia mampu membersihkan batin yang berkudis. Malahan, ia juga mampu menyucikan, menggemuk batin serta paling penting mampu menyalurkan "Nur Qalbi" serta menghancurkan ketulan darah kotor yang bergantung serta bergayut di hujung hati yang dinamakan "Istana Iblis".
Cahaya Allah (Nurrullah) yang ada kepada zikir ia boleh berkuasa menerangi seluruh hati umpama matahari yang menerangi seluruh alam semesta. Tanpa cahaya matahari yang dikurniakan Allah kepada alam semesta ini, pastinya manusia akan hidup dalam kegelapan. Begitu jugalah dengan zikir. Zikir adalah satu syifa’ yang berkemampuan menghakis segala karat yang berada di hati kita. Hati yang berkarat adalah hati yang bakhil untuk berzikir.
Sesungguhnya tidak kita sedari zikir bukan hanya mampu menyejukkan api yang panas membahang di dalam diri seseorang tetapi ia juga mampu menyejukkan api daripada terus merebak dengan maraknya apabila berlaku kebakaran. Jikalau tidak percaya cubalah azan apabila berlaku kebakaran.
Kenapa api tewas dengan zikrullah? Api yang ada di alam kita adalah berasal daripada api neraka jahanam.. Manakala, penghuni neraka adalah siapa? Pastinya syaitankan! Merekalah yang menyebabkan api tersebut terus marak membakar. Apabila azan dilaungkan, pastinya syaitan akan lari bergelimpangan dan itulah sebabnya mengapa api mampu dipadamkan sedikit demi sedikit.

Sebagaimana dalam kisah tujuh orang Pemuda Ashabul Khafi yang melarikan diri ke dalam gua demi menyelamatkan iman" Itu bukan lapan hari, tetapi selama 309 tahun mereka berada dalam gua (Khafi), yang pintunya ditutup rapat dan tanpa memakan apa-apa makanan.Apakah rahsia maka mereka dapat bertahan dan hidup begitu lama. Apakah yang mereka makan bagi meneruskan hayat mereka? Jawabnya tidak lain dan tidak bukan ialah zikir. Mereka berzikir (ingat kepada Allah) dan menjadikan zikir sebagai santapan rohani. Dari kisah itu jelas membuktikan kepada kita bahawa bila sampai ke satu peringkat, zikir boleh mengenyangkan kita. Malahan, ia boleh melapangkan dada.
Sesungguhnya Allah telah janjikan. Barang siapa yang berzikir kepada-Nya. Maka Allah akan mengangkat darjatnya sebagaimana sabda Rasulullah SAW: "Apakah kamu mahu aku ceritakan kepada kamu berkenaan amal perbuatan yang paling baik dan yang paling bersih di sudut pandangan Allah serta orang tertinggi darjatnyadi antara kamu, yang lebih baik dari bersedekah emas dan perak serta lebih baik dari memerangi musuh kamu semue dan memotong leher mereka dan mereka juga memotong leher kamu!" Kemudian sekalian sahabat bertanya: " Apakah itu wahai Rasul?" Baginda SAW menjawab: "Zikir kepada Allah."-Hadis riwayat Al- Baihaqi.
***Hati yang sihat bermula daripada badan yang sihat***

No comments:
Post a Comment