Laman Rohani
Bijaksana Hadapi MasalahMasalah...Masalah...Masalah....Semua insan yang bergelar manusia tidak akan lari daripada berhadapan dengan masalah. Masalah seolah-olah mengejar kita tanpa segan silu ingin mencelarukan pemikiran dan kehidupan kita semua. Sekiranya bukan kita yang bermasalah, orang lain pula mendatangkan masalah. Oleh itu kita perlu bersedia menghadapi permasalahan itu dan cuba mencari jalan penyelesaiannya. Ketahuilah, masalah sebenarnya adalah ujian Allah yang ingin mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Malahan, ujian juga sebagai kafarah dosa yang telah kita lakukan atau mungkin untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya.
Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hamba-Nya, andai
hamba-Nya tidak kita mampu
menghadapinya. Sebagaimana firman Allah bermaksud: "Allah tidak membebankan
seseorang melainkan dengan kesanggupannya". (al- Baqarah: 286). Oleh itu apabila
kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan mengatur
minda bahawa kita diuji oleh Allah dan ingatlah sesungguhnya kita tidak
bersendirian. Allah akan sentiasa memandu hati kita andai kita selalu
mengingati-Nya.
Terdapat cara-cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
Antaranya:
1) Sandarkan
harapan pada Allah.- Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti
akan diganti dengan kesenangan. Forman Allah: "Sesungguhnya selepas
kesulitan itu pasti ada kemudahan". (al- Nasyrah: 1-8)
2) Minta
pertolongan daripada Allah.- Mintalah
pertolongan Allah dengan sabar ketika solat dan sesungguh-Nya solat itu sangat berat kecuali kepada orang-orang yang
khusyuk." (al- Baqarah: 45)
3) Jangan
sedih dan kecewa.- Firman Allah: "Janganlah kamu bersikap lemah dan
janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinngi
darjatnya jika kamu dalam kalangan orang-orang yang beriman."
(Ali-Imran:139). Yakinlah dengan janji Allah dan jangan cepat berputus asa
dengan masalah yang dihadapi. Sebaliknya, tingkatkanlah usaha dan kuatkan
ssemangat untuk mengatasinya.
4) Luahkan
masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai. Berkongsilah masalah
bersama walaupun mereka tidak dapat membantu.
5)
Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain.- Fikir-fikirkanlah mungkin
masalah orang lain lebih besar daripada masalah kita serta bersyukurlah setiap
masalah ada hikmahnya dan pasti ada jalan penyelesaiannya. Sebagaimana, setiap
penyakit yang diturunkan oleh Allah dan penyembuhannya. Lakukanlah untuk
mencari redha Allah.
6) Lihatlah
pemandangan yang indah hasil ciptaan yang maha ESA tatkala hati dalam
keresahan.
THINK POSITIVE + SMILE ALWAYS = ZERO PROBLEM
***Hati yang sihat bermula daripada badan yang sihat***



No comments:
Post a Comment