Nasihat, Rahsia dan Tips
Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah ( yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."Sabda Rasulullah SAW:Riwayat daripada at-Tirmizi dan Muslim daripada Amru bin Maimun RA bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW telah memberitahu satu nasihat kepada seorang lelaki dengan sabdanya yang bermaksud: "Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain iaitu masa mudamu sebelum datangnya hari tua, masa sihatmu sebelum datang masa sakit, masa kayamu sebelum papa, masa lapangmu sebelum datangnya waktu sibukmu dan masa hidupmu sebelum datang saat kematianmu."
Ganjaran Basmalah
Terdapat 19 huruf , maka paling kurang pembacanya memperoleh 19 x 10 = 190 pahala. Demikianlah seterusnya jika membacanya ketika berwuduk (50 pahala), dalam solat (100 pahala) dan demikianlah sehingga sehingga 700 kali gandaan atau lebih terutamanya jika dibaca pada bulan Ramadan.
________________________________________________________________________________________________
1) Hari per-1 = Hafaz 5 ayat
2) Hari ke-2 = Hafaz 5 ayat baru + ulang 5 ayat terdahulu
3) Hari ke-3 = Hafaz 5 ayat baru + ulang hingga hafaz 15 ayat
4) Hari ke-4 = Hafaz 5 ayat baru + ulang hingga hafaz 20 ayat
***Jika tidak mampu menghafaz 20 ayat sekali gus, berhenti menghafaz ayat baru sehingga boleh menghafaz 20 ayat sekali gus .
Teknik
1) Talqin ~ Guru baca + murid tiru bacaan guru
2) Tasmik ~ Murid memperdengarkan bacaannya
3) Murajaah ~ Rakaman @ kawan mendengar
4) Mengkaji Tafsir ~ Secara bersendirian + rujuk guru
5) Tajwid ~ memperbaiki bacaan, makhraj huruf dan hukum tajwid
Masa Paling Baik Menghafaz
- Waktu subuh sebelum terbit fajar Siddiq
- Selepas solat subuh
- Sebelum tidur malam
- Malam yang sunyi sepi
- Suasana sekitar yang tidak sibuk
- Antara waktu maghrib hingga isyak
- Jauh daripada bunyi atau gangguan
***Besar ganjarannya barang siapa yang menghafaz al-Quran. Semua orang berhasrat untuk menjadi seorang hafiz/ hafizah. Harap-harap kita semua dapat ikut metodologi di atas beserta dengan teknik-tekniknya. I, Allah, saya pun akan cuba menghafaz, sebelum mata terpejam rapat di kemudian hari nanti.
***Hati yang sihat bermula daripada badan yang sihat***
.bmp)


No comments:
Post a Comment