Aku melihatnya berwajah berseri…tenang anggota
badannya dan tenang jiwanya. Seakan-akan ia menemukan seorang teman dalam
kesepian, (menemukan) kedekatan dalam kejauhan dan cahaya yang menerangi dalam kegelapan.
“Mungkin ini adalah malam terakhir bagiku, maka janganlah kamu tidur hingga
pagi….” Dan apabila siang tiba, ia berkata, “Mungkin ini adalah hari terakhir
bagiku, maka janganlah merasakan ketenangan hari ini dapat dikecapi untuk hari
esok.” “Wahai jiwa, di depanmu ada tidur yang sangat panjang… Hari ini dirimu
tidur berlapiskan tilam yang empuk, bercadarkan sulaman bunga yang indah…tetapi,
esok… Kemungkinan hari esok kamu akan tidur selamanya di kuburan beralaskan dan
berbantalkan tanah yang sangat keras, berselimutkan
kain putih…entah bagaimana hatimu berpaksikan apa…berpaksikan penyesalan atau
di atas kesenangan atau sebaliknya"
Sepuluh
Nasihat Ke Arah Ketenteraman Hati
1.
Jaga Lidahmu.
“Hati itu adalah tempat rahsia dan bibir itu
kuncinya, sementara lidah adalah anak kuncinya. Oleh itu hendaklah setiap orang
menjaga anak kunci rahsianya”.
2.
Kebaikan Ilmu.
“Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada
ilmu, tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab, tidak ada kawan
yang lebih bagus daripada akal dan tidak ada benda ghaib yang lebih dekat
daripada maut”.
3.
Bandingan Akal Dan Harta.
“Akal itu menteri sebagai penasihat dan harta
itu seorang tamu yang akan berangkat”
4.
Bandingan Perkataan.
“Perkataan itu seperti ubat jika engkau gunakan
sedikit daripadanya akan memberi faedah, tetapi jika digunakan terlalu banyak
akan membahayakan”
5.
Siarkan Kebaikan Orang.
“Apabila engkau membuat satu kebaikan maka sembunyikanlah
dan apabila orang lain membuat kebaikan kepadamu, maka hendaklah engkau
sebarkannya”
6.
Dunia.
“Dunia ini permulaannya susah, akhirnya binasa,
halalnya dihisab dan haramnya diazab”
7.
Azab Terhebat.
“Manusia yang mendapat azab yang paling besar ialah orang yang mana
lidahnya mengeluarkan kata yang dusta dan hati yang tertutup rapat apabila dia
tidak dapat diam dan tidak pandai memperelokkan kata-katanya”
8.
Jagalah Ukhwah Antara Kamu Dengan Baik.
“Bergaullah sesama manusia dengan satu
pergaulan yang baik jika kamu tiada, mereka akan merindui kamu dan jika kamu
mati mereka akan menangisi kepergianmu”
9.
Nasib Si Pemarah Dan Putus Asa.
“Kamu tidak akan menjumpai orang yang marah itu
hidup bahagia, yang berakal itu tamak, yang pemurah itu dengki-mendengki dan yang
berputus asa itu kaya”
10.
Sabar.
“Kesabaran itu ada dua iaitu sabar menahan
sesuatu yang engkau benci dan sabar melepaskan sesuatu yang engkau sayangi dan yang
kedua itu lebih berat bagi kamu kerana ia melibatkan nafsumu”
***Hati yang sihat bermula daripada badan yang sihat ***



No comments:
Post a Comment